(Nak) Kahwin Muda. LOL.
Err... Aku tak tau kenapa.. Lately ni aku asyik pikir pasal kahwin. No, aku bukan gatal sangat nak kahwin... Tapi... Err, I have my own reasons. You see, my bro dah kahwin. My sis pulak, on the way. And I'll be left alone. (Padan muka! Sapa suh jadi anak bongsu! LOLOL) Pastu, kawan2 lak dok cakap pasal kahwin.. Like, ohmyGod!! =.= Actually, sejak aku pandai menggunakan otak & akal kurniaan Allah yang Maha Esa ni, aku selalu ada pandangan negatif tentang kahwin muda ni. Ala, biasa la. Time aku ada opinions yang macam tu, otak aku tak berkembang lagi. Tak matang lagi. Budak2 lagi. Memang la kan? Hehehe. Tapi, bila dah menginjak dewasa ni, aku dah mula develop a whole new & different perspective about marriage. Bagi aku, kahwin muda ni ada pros and cons dia. Everything bergantung kepada kita. Tepuk dada, tanya hati. LOL. xD Kalau dulu, aku selalu cakap, orang2 yang kahwin muda ni, kuno.. Cuz diorang tak reti nak enjoy. Mak suruh kahwin, jadi isteri, jadi suri rumah. Masak untuk suami, jaga makan pakai suami.. Bla bla bla... Memang tak boleh nak enjoy sangat la kan kalau dah kahwin ni..? Tapi otak aku dah tak fikir macam tu dah. Aku sekarang dah mampu berfikir luar dari batasan fikiran manusia. (Apa jadah la yang aku merepek ni.. Haha!) Sekarang ni... Aku dah mula nampak kebaikan & jugak keburukan kahwin muda. Mari kita mulakan dengan kebaikan... :)
Kebaikan:
As we are already know, Islam mewajibkan perkahwinan. Maknanya, kita MESTI, HARUS, WAJIB, PERLU, KENA kahwin. Lol. Memang ada sebab la kan, kenapa Islam mewajibkan perkahwinan. Antara sebab yang aku tau ialah perkahwinan merupakan satu cara untuk menghalalkan persetubuhan diantara lelaki dan perempuan. Haaaa.... Bab ni... Aku kalau masuk bab ni memang bijak terlebih. xD Nasib baik la aku dulu sekolah perempuan, tak la malu sangat bila study bab ni time Form 5 tu. Haha! Selain itu jugak, ianya dapat menjaga keturunan. Ha, yang ni penting. Kahwin bukan hanya untuk halalkan apa yang haram ja, tapi jugak untuk menambahkan umat nabi Muhammad s.a.w. Apa guna kalau kahwin tapi tak nak beranak? Betul tak? Hehe.. (Topik ni tetiba buat aku teringat kat orang tu. Kitorang pernah bincangkan topik ni kat Twitter. LOLOLOL) Lagi satu, kalau kita tengok keadaan dunia sekarang. Nauzubillah, masalah sosial makin menjadi2. Aku tak nak komen lebih2 cuz aku pun bukannya perfect sangat. Lagipun tak baik kan mengata tentang keburukan orang lain?? Huhuhu. Tapi tu la. Ramai betul yang terlanjur akibat lemas dengan nafsu sendiri. Ke diorang mempunyai iman yang senipis kulit bawang? Aku no comment. Bagi aku, benda ni atas diri sendiri. Pandai buat, pandai tanggung. Tapi semuanya pandai buat, tapi tak reti tanggung. Bila dah ter-pregnant, gugur anak, buang anak. OMG. Apa nak jadi?? :/ Kahwin je la korang oii.. Kalau dah kemaruk sangat, kan? Bagi aku,biarlah orang sekeliling nak kata apakalau kita nak kahwin awal. Kan sekarang semacam dah jadi trend dalam kalangan makcik2... Bila dengar ja ada budak2 muda nak kahwin, mula la buat spekulasi yang macam2 mengalahkan Melodi. Fikitran tersangatlah kuno. Tak semestinya kahwin awal cuz dah terlanjur, makcik oiii! Hah, tetiba emo lak.. Hahah. xD
Keburukan:
Well, dah nama pun pasangan MUDA. Bila kita cakap pasal muda, selalunya akan berkait dengan tahap kematangan 'orang muda' tu. Haaaa.... Ni lah dia. Salah satu sebab kenapa kahwin awal ni tak sesuai bagi sesetengah orang. Kat sekolah pun ada belajar kan... Yang tahap kematangan seseorang tu tak serupa. Semua lain2. Ada yang umur tua, tapi tahap kematangan tersangatlah low. Ada jugak yang umur muda tapi fuh... Otak mengalahkan orang yang agak berusia. (Aku tak nak cakap, tapi nak cakap jugak... Aku ni umur ja 19, tapi tahap kematangan aku cam orang umur 25 tahun. Ni bukan aku yang cakap tau! LOL) Bila salah seorang atau dua2 tak matang, mulalah jadi perang dunia segala.. Masing2 tak nak beralah.. Masing2 nak tunjuk pandai. Tak nak bertolak ansur. Kurang matang dalam membuat keputusan. Jadi duda / janda muda lah jawabnya... Kadang2 orang muda kalau dah kemaruk bercinta, they tend to make a decision yang agak terburu2. Bila tanya, "Dah ready ke nak kahwin?" Semua angguk. Kononnya dah ready, padahal belum lagi. Sebelum kahwin boleh la cakap, janji macam2. Bila dah kahwin, baru la terserlah tahap kematangan masing2. Haa... Ni yang aku takut ni. Takut kalau2 bakal hubby aku tu jenis yang kurang matang. Ataupun jenis yang takut nak memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap rumah tangga. LOL! Ayat tak boleh blah.. HAHA. Apa2 pun, semua ni bergantung kepada diri masing2 jugak. :)
Itu sajalah perbincangan kita pada kali ini. LOL. So adakah anda mahu kahwin awal? Kalau ya, anda perlu tanya soalan ni kepada diri anda,
"Aku dah puas enjoy ke?",
"Boleh ke aku jadi pasangan yang setia?"
ataupun soalan ni...
"BOLEH KE AKU TAK PANDANG PEREMPUAN / LELAKI LAIN DAH PASNI??"
Hehehehe. Tepuk dada, tanyalah hati. ;)
Comments